Ciri-ciri terkini dan diperbaharui Windows_XP

Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-

  • Proses memulakan Windows dan hibernasi yang lebih pantas.
  • Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).
  • Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat perisian mereka tema paparan.
  • Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar kepada akaun pengguna lain tanpa menutup program dalam akaun pengguna yang masih terbuka.
  • Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapat dibaca dengan jelas.
  • Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun internet.
  • Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.